"aku tak mudah utk jatuh cinta.. aku tak mudah mengaku ku cinta.. tiada dusta sumpah kucinta..sampai ku menutup mata..."
ketika hati ini berbisik lembut utk menyatakan apa yg ia rasa... perasaan cinta, kasih dan syg itu hadir dalam setiap diri insan normal yg bergelar manusia..fitrah hidup yg tidak lari dr perasaan kasih syg.. cinta menyintai...atau jatuh kasih pada seseorang..selagi diri ini bernafas...selagi jantung ini berdetak..
selagi itulah rasa kasih ,cinta dan sayang akan terus subur dan mengalir dalam diri seorg insan...
mengenali seseorang.. lalu jatuh kasih padanya, bukan kerana rupa, nafsu atau desakan..malah perasaan kasih dan sayang yang hadirnya hadir dalam diri seorg insan kamil itu datangnya dr yg MAHA PENCIPTA...
perasaan kasih yg lahir jauh di sudut hati kadangkala disalah ertikan...kadangkala diri ini terasa terlalu bersalah utk jatuh kasih kepada seorang insan yg telah ditakdirkan utk terus berasa dia dalam hatinya..dengan izinNya, diri yg terlalu banyak kali diduga ini tidak pernah kurang kasihnya...kerana diri ini terlalu yakin... selagi perasaan kasih dan sayang itu hadir ia adalah kurniaan dariNYA...
keikhlasan dan ketulusan hati utk menyayangi dirinya bukan hadir sekadar memenuhi kekosongan diri malah jauh sekali utk mengisi kesunyian...rasa kasih dan sayang yang hadir dalam diri ini adalah perasaan yg terlalu sukar utk dimengertikan...sukar utk difahami malah amat sukar utk dijelaskan...
rasa kasih yg ada di hati ini kubiarkan terus subur diiringi doa kepadaNYA...kerana DIA penentu segala dan lebih mengetahui segalanya..tidak salah utk menyayangi seseorang seikhlas hati..diri ini terasa hidup dan yakin dgn adanya rasa kasih itu...
setiap kali aku terpandang wajahnya dr pertama kali aku mengenalinya... hati ini selalu berkata.. "ya Allah, indahnya ciptaanMU, seandainya dia tercipta untukku, akan aku mengasihi dirinya seikhlas hatiku..selagi ia tidak melebihi cintaku padaMU..."
itulah yg kurasa setiap kali terpandang wajahnya...hati ini begitu tersentuh, sampai aku tidak tahu apa sebenarnya rasa yang ada di dlm hati ini...lagi pabila mata ini bertentang dgn matanya.. aku menjadi malu dan segan...sehingga aku tidak mampu utk terus memandangnya...
jiwa ini berasa selesa dan tenang tatkala dia berada denganku...tiada rasa yang diiringi dengan nafsu.. malah senangnya diri ini menerima dia didepanku membuatkan aku seringkali berfikir yang aku menghormatinya kerana dia juga adalah ciptaanMU sebagaimana dia menghormati diriku...
keserasian yg wujud antara dirinya dan diriku membuatkan hati ini tidak pernah berpaling dr utk terus jatuh kasih kepadanya...walaupun dia tidaklah sesempurna mana bagiku dan aku tidaklah sesempurna mana utk dirinya...kerana didunia ini tiada seorng insan pun yg sempurna...
aku selalu berharap dan berdoa.. memohon kepadaNya agar rasa kasih yg ada di hati ini akan terus mekar.. walaupun aku tidak tahu apa perasaanya kepadaku... kerana aku yakin..begitu yakin bahawa DIA tidak akan mewujudkan rasa kasih itu tanpa bersebab... kebetulan2 yg selalu membuatkan aku keliru...membuatkan aku berfikir.. setiap cara yg dilakukan utk menjauhkan diriku dgn dirinya akan berlaku sebaliknya..
aku bersyukur kepadaNya atas perasaan kasih yang hadir dalam diri ini.. perasaan kasih yang pernah lahir sebelum ini hanya untuk saudara2 ku.. kini hadir utk seorang insan yang terlalu asing bagiku...hingga aku berkali mengucap syukur bila aku dapat mengenali dirinya...
jika dia mungkin memahami kata hati ini... aku mahu dia juga merasakan bahawa kasihnya aku pada dia adalah diatas keizinanNya.. bukan paksaan kerana kesunyian atau lain2...
aku cuba untuk melupakan.. tapi aku tak mampu...perasaan kasih yang terlalu dalam ini membuatkan aku sukar untuk mengerti adakah ada pengakhiranya..
perasaan aneh yang aku tidak pernah rasa sepanjang tempoh kedewasaanku...
perasaan kasih yang sentiasa mekar sepanjang 3 tahun aku mengenalinya...walaupun badai melanda.. namun ia seteguh karang dilautan..ombak rindu yang melanda kadangkala terlalu mudah untuk ditangisi..dengan rasa terpempan dek kerana rindu utk mendengar gelak tawanya dan melihat senyumannya..
kadangkala aku bawa jauh rasa kasih dan rindu itu dan cuba untuk melenyapkannya...namun ia hadir kembali tanpa aku memintanya...walaupun tiada janji, tiada keindahan tatkala bercinta seperti insan2 lain..namun aku selesa dengan perasaan kasih yang hadir itu..perasaan yang terlalu indah bagiku..
kerana aku terlalu yakin ujian itu datang hanya untuk insan yang mampu menghadapinya...dan rasa kasih yang hadir itu adalah dengan keizinanNya dan disemai dengan rasa tulus serta keikhlasan hati..andainya dirinya memahami apa yang aku maksudkan...aku berharap bahawa kasihku padanya adalah di atas keizinanNya....semoga dia sentiasa diberkatiNya, dilindungi dan dipelihara selalu olehNya..dan kasih ini akan terus mekar untuk dirinya...semoga rasa kasih hadir bersama redhanNya...
but.....da bad part is.....
tak penah2 dalam hidup aku kne repeat paper...cedey ar!!!!!

very close... learn about life and think who i am..(really need to be at dat moment again... really miss it...